Persoalan yang harus anda tahu

Setiap produk yang dikeluarkan kepada pengguna. Pengguna mesti tahu siapa orang disebalik produk tersebut. Adakah beliau betul-betul memiliki kelayakan khas untuk keluarkan produk tersebut.

Itulah persoalan yang harus ditanya oleh anda, kerana untuk menggunakan produk kosmetik, anda mesti tahu bahawa ianya betul-betul selamat daripada bahan-bahan yang boleh membahayakan kepada anda.

Pengasas Naturel Kiss

Pengasas Naturel kiss
Prof. Madya. Dr. Siti Hamidah binti Mohd Setapar

Begitulah juga dengan Naturel Kiss, kami mempunyai orang kepakaran khas dalam keluaran produk yang dihasilkan kerana produk yang dikeluarkan semua melepas “Lap Test” iaitu ujian daripada makmal.

Orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk Naturel Kiss ialah Profesor Madya Dr. Siti Hamidah Binti Mohd Setapar atau dikenali sebagai Dr Siti. Beliau juga merupakan founder kepada Naturel Kiss.

Berjaya Tamatkan PHD

Hasil kuat mengkaji dan menyelidik, pada usia yang muda. Dr Siti berjaya dapatkan PHD di Loughborough University pada umur 30 tahun meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Kerjaya beliau sebagai pensyarah dan penyelidik di Fakulti kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bharu.

Empayar Naturel Kiss Bermula

Selepas tamat pengajiannya dalam bidang Separation processes (Micellar Nanotechnology), beliau kembali ke Malaysia dan memulakan kajian dalam bidang pengekstrakan warna. Dr Siti mendapati warna dari Roselle mempunyai nilai yang amat tinggi dan beliau mencuba dalam memformulasikan produk pelembab bibir.

Hasil daripada kejayaan produk pelembab bibir dengan feedback yang sangat positif telah mendorong Dr. Siti untuk memohon geran perniagaan dan beliau telah berjaya memenangi geran daripada Superb Teraju yang bernilai RM500,000 untuk membina perniagaan dan memasarkan lebih banyak produk yang berkualiti dan selamat.

Melebarkan Sayap Perniagaan

Kini, setelah bertahun-tahun Naturel Kiss berada dipasaran, ia telah mengembang sayap ke seluruh negara dan bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Dengan niat untuk berada dalam medan perniagaan ini adalah kerana ingin membantu semua wanita agar dapat menggunakan produk yang lebih berkualiti, berkesan dan selamat.

Misi Produk Selamat

Dengan kepakaran yang ada, Dr Siti mempunyai misi dalam produk hasil kajiannya iaitu “Misi Produk Selamat”. Dalam syarahan dan penulisan Dr Siti sering menegaskan kepada ibubapa supaya membimbing anak-anak remaja mereka supaya tidak berpengaruh dengan iklan-iklan pemasaran kerana semuanya tidak bertanggungjawab.

Dengan kepakaran lain, beliu banyak menulis artikal dan jornal-jornal antarabangsa dan telah memenangi lebih 50 anugerah inovasi.

Pasukan Penyelidik

Naturel Kiss mempunyai pasukan penyelidik. Bukan Dr Siti sahaja dalam pasukan itu. Dengan adanya pasukan penyelidik membuatkan jenama naturel kiss lebih kuat dengan adanya pelbagai kepakaran daripada kumpulan penyelidik bawah seliaan Dr Siti Sendiri.

Rujukan & Artikal Jurnal Ditulis

  1. https://scholar.google.com.my/citations?user=V5ylTwIAAAAJ&hl=en
  2. https://www.researchgate.net/profile/Siti_Mohd-Setapar2
  3. https://www.scirp.org/journal/articles.aspx?searchCode=Siti++Hamidah+Mohd-Setapar&searchField=authors&page=1
  4. https://www.pubfacts.com/author/Siti+Hamidah+Mohd-Setapar
  5. akan diupdate dari masa ke semasa ………………